Tolak PRU15 | Bukan takut hilang jawatan – Saifuddin

2022-10-08 0

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menafikan barisan Menteri dari Bersatu dan Pas menolak Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) diadakan tahun ini kerana tidak mahu hilang jawatan.

Menteri Luar itu menegaskan isu jawatan tidak pernah dibincangkan dalam jemaah Kabinet.